Saturday 1 October 2011

Mereka Bernasib Baik, Tapi...

  Joseph Aigner merupakan seorang pelukis potret pada abad ke-19 di Austra tetapi dia tidak hidup dalam kebahagiaan.Oleh kerana itu, Joseph  Aigner beberapa kali mencuba bunuh diri . Kali pertama, ketika berusia 18 tahun dia cuba gantung diri, tetapi di selamatkan oleh kehadiran seorang sami misteri , Capuchin.Ketika berusia 22 tahun dia cuba menggantung diri lagi. Tindakannya itu gagal apabila diselamatkan oleh sami yang sama.


   Lapan tahun  kemudian, Joseph Aigner telah dihadapkan ke tali gantung kerana fahaman politiknya. Tetapi dia bernasib baik apabila campur tangan sami yang sama dan hukuman itu dibatalkan. Pada usia 68 tahun, Aigner akhirnya berhasil membunuh diri dengan menggunakan pistol. Menakjubkan upacara pemakamannya telah dipimpin oleh sami Capuchin yang menyelamatkannya sebelum ini, bahkan Aigner sendiri tidak pernah tahu nama sami tersebut. Kisah ini kemudiannya direkodkan di dalam  
Ripleys Giant Book of Believe It or Not!  

No comments:

Post a Comment