Saturday 1 October 2011

Maut Akibat Ketawa Keterlaluan


   Pada April 1872, Fitzherbert bersama teman-temannya sedang menonton persembahan teater opera.Salah serorang watak bernama Poly dalam teater itu berjaya melakonkan adegan mencuit hati sehingga membuatkan Fitzherbert tidak henti-henti ketawa. 

   Akibat ketawa keterlaluan,Fitzherbert disahkan mati setelah asyik ketawa tidak berhenti-henti sejak pulang menonton teater tersebut.

    Ketawa yang keterlaluan memang boleh membawa padah.
Ramai yang telah menemui ajal akibat tidak dapat menahan rasa geli hati & lucu setelah menonton persembahan atau mendengar lawak.

     Di bawah ini antara mereka yang terlalu kuat ketawa semasa hayatnya sehingga boleh membawa padah...     
     Tanggal Mac 1975, Alex Mitchell sedang menonton rancangan komedi di kaca televisyen di rumahnya. Aksi lawak lelaki berpakaian seperti oran Scotland  namun pandai berkungfu dalam rancangan itu membuat Alex tidak henti-henti ketawa . Setengah jam kemudian , suara Alex mulai lemah dan akhirnya mengerang kesakitan, lalu maut akibat terkena serangan sakit jantung.

      Seorang pelawak Yunani,  Philemon ketawa terbahak-bahak ketika membuat persembahan lawak sehingga meragut nyawanya sendiri.

      Ole Bentzen dari Denmark ketawa berpanjangan sewaktu menonton filem A Fish Called Wanda. Akibatnya, jantung Ole Bentzen meningkat kepada 300 degupan per minit dan akhirnya meragut nyawanya.
  
     Penulis Itali, Pietro Aretino ketawa hingga kekejangan lalu menemui ajal setelah mendengar kisah lawak saudaranya sendiri.

     Seorang pelukis Yunani bernama Zeuxis tertawa sebaik saja melihat lukisan wanita yang baru dilukisnya. Dek kerana ketawa keterlalua, Zeuxis sesak nafas dan akhirnya menemui ajal.

     Ketika melihat kerja2 pembaikan singgahsana  Raja Charles II, sesuatu telah mencuit hati Thomas Urquhart sehingga tertawa tidak berhenti2. Sayangnya, Thomas yang juga pengarang berasal dari Scortland ini meninggal dunia setelah ketawa berlebihan.

No comments:

Post a Comment