Sunday 2 October 2011

Mereka Bernasib Baik, Tapi... (2)

  Pada Februari 1819, seorang tentera Inggeris, Mejar Summerford, telah jatuh dari kudanya akibat disambar petir ketika sedang berperang di daerah Flanders. Akibatnya Summerford menjadi lumpuh dari pinggang hingga ke bawah. Selepas itu, Summerford bersara dan berpindah ke Vancouver. Suatu hari pada tahun 1924, ketika Summerford memancing di tepi sungai , petir telah menyambar sebatang pokok di bawahnya dan melumpuhkan tubuh bahagian kanannya.

  Dua tahun kemudian Summerford kembali pulih dan boleh berjalan semula. Suatu hari pada tahun 1930,ketika musim panas Summerford berjalan-jalan di taman. Sedang berjalan, tiba2 petir telah menyambarnya sekali lagi. Dalam kejadian itu nyawanya terselamat tetapi Summerford mengalami lumpuh kekal seluruh badan. Dua tahun kemudian Summerford akhirnya meniggal dunia. Empat tahun kemudian berlaku ribut dan kilat sambung-menyambung.

  Ketika itu kilat telah menyambar sebuah kubur hingga menghancurkan batu nisan. Mengejutkan kubur itu rupanya milik Mejar Summerford. Nampaknya walaupun sudah mati , petir masih belum puas menyambar dirinya.      

No comments:

Post a Comment