Sunday 2 October 2011

Mereka Bernasib Baik, Tapi... (3)


  Pada 28 Julai 1900, Raja Itali, Umberto I, singgah makan malam di sebuah restoran di kota Monza. Sebaik tiba, Raja Umberto terkejut kerana wajah pemilik restoran persis wajahnya. Malah nama pemilik restoran itu juga Umberto. Lebih mengejutkan, nama isteri pemilik restoran itu juga sama dengan nama isteri Raja Umberto.

  Selain itu, tarikh restoran itu dibuka pada tarikh yang sama dengan pelantikan raja tersebut iaitu pada tahun 1878. Esoknya, 29 Julai 1900, pemilik restoran itu telah mati akibat terkena tembakan. Lebih pelik pada hari yang sama, Raja Umberto I juga menemui ajal akibat ditembak oleh Gaetano Bresi, seorang rakyatnya yang membantah tindakan Raja Umberto mengarahkan tentera menembak mati petani yang menganjurkan demonstrasi kerana kelaparan.

sekarang ni part lain ok...    
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

   Pada tahun 1975, ketika sedang menunggang motosikal di Bermuda, Amerika Syarikat seorang lelaki mati setelah terlanggar sebuah teksi. Setahun kemudian, abangnya mati dengan cara yang sama. Bahkan abangnya juga menunggang motosikal yang sama. Paling mengejutkan abangnya itu juga dilanggar oleh pemandu teksi yang sama. Lebih menarik lagi penumpang yang sama ketika melanggar adiknya.

Part 2
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

  Pada tahun 2002, dua lelaki bersaudara kembar berusia 70 tahun matidalam masa yang sama di jalan yang sama tapi kemalangan yang berbeza di Finland. Kembar pertama mati ketika dia terlanggar lori ketika sedang menunggang basikal di Raahe, 600 kilometer dari Helsinki.

  Lelaki itu mati hanya 1.5 km dari tempat di mana saudara kembarnya dibunuh. "Ini benar-benar kebetulan yang akan diingat. Meskinpun jalannya cukup sibuk, tapi kemalangan tidak terjadi setiap hari," kata petugas polis Marja -Leena Huhtala ketika meromanya meremang ketika mengetahui mereke berdua adalah saudara kembar. "Saya terfikir mungin yang di atas sudah punyai rancangan untuk hal ini. ( Sumber BBC News)

1 comment: